Saya mahu yang terbaik!


Dahulu
ketika masih bergelar siswi
ketika dihempap dengan segunung 'assignments'
ketika dihimpit dengan kekangan masa
ketika dipeningkan dengan pelbagai teori baru
saya menjadi sangat tidak sabar
untuk mengakhiri hari-hari tersebut..
sehingga akhirnya matahari terbenam juga
dan kini saya bergelar graduan
Alhamdulillah..

Matahari muncul lagi
memberi saya hari-hari baru
tapi berbanding dahulu
setiap nafas yang terhela kini
dipenuhi sejuta keresahan
tentang wang
tentang masa depan
tentang keluarga
tentang sahabat
tentang tarbiyyah
tentang keupayaan diri
tentang rumah
tentang kerja
tentang itu..
tentang ini..

Akhirnya saya sesak nafas
hilang mood
hilang selera
hilang fokus
hilang semangat
sehingga hari-hari kini
terasa berlalu tanpa makna..

Sungguh!
Saya perlukan panduan
untuk memilih yang terbaik
saya perlukan kekuatan
untuk memilih yang terbaik
untuk hidup saya di dunia dan akhirat..

Dan sungguh
Yang terbaik itu adalah
yang diredhai Allah!

Cita-cita


Hari ini
kalau orang bertanya siapa saya
maka salah satu jawapannya ialah
"Saya penganggur.."

Kalau dulu orang bertanya
"Habis belajar mahu buat apa?"
maka jawapannya satu
"Cari kerja lepas tu kahwin haha!"

Tapi hari ini
saya merasakan jawapan itu
hanya layak diberikan oleh anak kecil
yang tidak tahu berfikir panjang
dan luas

Terima kasih kepada tarbiyyah
kerana membuatkan saya lebih faham 
akan erti kehidupan selepas mati
kerana membuatkan saya terfikir
"kenapa cita-cita saya terhenti hanya dengan perkahwinan?
sedangkan hidup saya penjang hingga akhirat"

Terima kasih kepada tarbiyyah
kerana mejadikan saya seperti hari ini
saya yang lebih dewasa..
saya yang bercita-cita lebih tinggi.. lebih luas..
saya yang bercita-cita ingin meraih mardotillah!

Sungguh!
Cita-cita itu besar impaknya pada diri
kerana ia menentukan 
apa yang akan dilakukan pada hari ini
dan apa yang menanti diri di akhirat kelak.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan"_Hadith

"Whatever You're Thinking & Feeling Today...Is Creating Your Future & Life"
Related Posts with Thumbnails