saat kau ingin berlari
ke Cintamu yang Maha Tinggi
tiba-tiba kau terjatuh
ke lautan pujian dan sanjungan manusia
kiri kananmu tak nampak daratan
jangan lemas
nanti kau hanyut ke lembah riya'
akhirnya kau ketagihan
pada puji dan sanjungan mereka
ikhlasmu hilang
larianmu tersasar jauh
dan jangan gusar
andai tak mampu berenang ke darat
kau selamilah lautan itu
bawalah doa sebagai senjata
melawan piranha syaitan yang menghasut
terus selamlah hingga ke dasar
di dasar
lautan pujian dan sanjungan manusia
kalau kau mencari dengan sebenar ikhlas
pasti kau akan temui
tiram mutiara
dan itulah potensi dirimu, kelebihanmu
keluarkanlah mutiara
yang lama tersembunyi dalam cengkerang tiram
bersihkan dan gilaplah ia dengan bersungguh
pasti kerlipannya akan menyinari jalanmu
lantas menambah halaju larianmu
menuju ke Cintamu yang Maha Agung!
jangan pernah menghentikan larianmu kerana batu yang menghalang jalanmu
jangan pernah menghentikan larianmu kerana batu yang menghalang jalanmu
No comments:
Post a Comment