KITA yang ceria!

Pagi itu selesai solat Subuh dan membaca mathurat beramai-ramai, kami dihidangkan dengan kisah yang cukup menyentuh hati, kisah Abdullah bin Abbas. Ini kali pertama saya mendengar kisah ini, dan kisahnya cukup menarik sehingga mata yang mengantuk ditahan-tahankan juga agar tidak tertutup. Hei.. dengar cerita best pun ngantuk.. geleng kepala. Tapi betul, memang best! Sayangnya, saya pun sudah lupa kisahnya.. mungkin kerana mendengar dengan mengatuk.. yang masih tetap melekat diingatan hanya perasaannya sahaja.. BEST!

Saat cerita Abdullah bin Abbas itu menemui penamatnya, kantuk saya memang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Kakak yang mengendalikan majlis itu pun berkata "Ok lepas ni adalah masa khidmat diri. Siapa nak mandi ke, terjun kolam ke dipersilakan. Kita akan start pengisisan jam 8.30 pagi insyaAllah". Yeah, khidmat diri itu beerti saya boleh tidur! Apa lagi, saya terus menuju ke satu sudut ruang itu dan mencapai bantal yang memang ada di situ. Dengan telekung yang masih dibadan, saya terus berbaring.. bersedia untuk tidur! Tak sempat dah nak buka telekung hehe.

Tiba-tiba, saya terasa seseorang menghamparkan selimut ke atas badan saya. Selimut itu dihampar menutupi kepala saya sehingga memaksa saya untuk menangguhkan tidur saya sebentar. Sahabat yang menghampar selimut tadi menarik selimut tersebut ke bawah agar menutupi kaki saya pula. Kemudian, ditarik kembali ke atas menutupi kepala dan mendedahkan kaki. Begitu beberapa kali. Kemudian dia berkata, "Eh2, macam Mus'ab bin Umair lah, tarik atas nampak kaki, tarik bawah nampak kepala". Haha.. berderai ketawa kami dengan jenakanya.

Berbekas di hati

Ia hanya jenaka. Tetapi sangat berbekas di hati saya. Entah kenapa saya terasa seperti mengulang zaman sahabat-sahabat Nabi, yang mana mereka juga berjenaka dan begurau, tapi masih dalam batasan perkara baik, tidak menipu, mencarut atau lucah.. dan paling penting, jenaka mereka masih tetap berunsur nasihat dan peringatan. Ya, mungkin keterlaluan untuk merasa seperti zaman sahabat-sahabat yang tentunya lebih hebat.. tapi tetap kenangan ini sangat indah. Hanya saja bila kau merasai sendiri betapa indahnya setiap saat bersama mereka yang memahami dakwah dan tarbiyyah =)


p/s: kalau tak faham apa yang dimaksudkan dengan "macam Mus'ab bin Umair", anda kenalah baca dahulu kisah beliau hehe.. best!

2 comments:

Related Posts with Thumbnails