kalau ikutkan hati
siapa tidak mahu tinggal di sini
ada ibu yang membelai manja
ada ayah yang melayan karenah
ada adik yang menghibur rasa
kalau ikutkan hati
siapa tidak mahu tetap di sini
ada rehat sepanjang masa
ada ketawa sepanjang hari
ada kebebasan tak terbatas
kalau ikutkan hati
memang aku ingin
tetap disini
di rumah ini
tapi kalau ikutkan hatiku juga
yang di suatu sudut ada iman yang bertakhta
ia meronta mahu aku pulang
ke medan perang sana
jangan tinggal disini
tempat ini bukan untuk pejuang
seorang pejuang itu
tempatnya di medan perang
tempat dia berkorban jiwa dan harta
tempat dia melawan arus musuh
tempat yang tiada istirehat, tiada belaian
tempat dia mengejar syurga
****
antara dua
aku memilih satu
maka ku tinggalkan rumah itu
untuk kembali ke medan perang
kerana aku lebih suka bahagia akhirat
dari bahagia dunia
****
aku sedang belajar menggunakan pedang
tiba-tiba silap langkah, pedang menghirisku
pedih, sakit, malah kecewa
mata sudah berair
darah sudah menitis
hai hati kuatlah
tetap pada pilihanmu
luka itu tandanya kau memang berjuang
dan Allah pasti menghitungnya kalau kau ikhlas
ambil semula pedang yang jatuh itu
belajar lagi sampai kau berjaya
menjatuhkan musuh!
Subhanallah..bestnya sajak nihh..
ReplyDeleteSajak ni memang applied untuk semua orang. Saya dapat bayangkan perasaan ituuuuuu.
ReplyDeleteto ibtt1:
ReplyDeleteidea dr Allah.. alhamdulillah =)
p/s: pssssssst.. berdebar x tunggu birthday sy? hehe
to munashah:
bila share, selalu dpt respons "haah, saya ade masalah tu juga!"
bestkan! kita takkan pernah rasa keseorangan =)