Pagi ini saya menerima berita pemergian seorang "ukhti", kembali menemui Tuhannya. Innalillahi wa innahi rajiun.
"Ukhti" atau "akhawat" itu adalah panggilan kami untuk mereka yang menceburkan diri ke dalam lapangan dakwah islam, demi cita-cita untuk mengembalikan sistem khilafah islamiyyah. Panggilan ini untuk perempuan sahaja, "ukhti" itu untuk seorang atau singular, dan "akhawat" itu ramai atau plural. Bagi lelaki, panggilannya adalah "akhi" atau "ikhwah".
Ukhti Ummirul Shahirah. Indah nama ini. Keindahan yang menceriakan banyak hati, sehingga pemergiannya menghapuskan banyak senyuman.
Saya tidak tahu bagaimana rupanya allahyarhamah ukhti ummi ini, kerana sepanjang hayatnya kami tidak pernah sekali pun bertemu. Hatta nama pun tidak pernah di dengar. Kami tidak kenal pun antara satu sama lain. Barangkali hari ini kalau saya menghadiri majlis pengebumiannya, semua orang akan memandang saya dengan pelik, "Orang asing ini daripada mana pula datangnya?". Ya mungkin sekali, kerana saya bukan sahaja orang luar bagi ukhti ummi, tetapi bagi kenalan-kenalannya juga.
Tapi peliknya, kenapa hati ini turut terasa tempias kesedihan atas pemergiaannya? Malah lebih sedih dari kesedihan menangisi pemergian ahli keluarga sendiri. Gilakah?
Jawapannya saya kira, ada pada panggilan yang diberi untuknya, "Ukhti". Itu bukan calang-calang panggilan.. itu panggilan untuk penolong-penolong agama Allah, arabnya disebut sebagai "Ansarullah". Merekalah yang bercita-cita menegakkan kembali khilafah islamiyyah, menakluki dunia dengan Islam. Itu cita-cita yang sangat besar! Yang hanya menjadi angan-angan mat jenin kalau tiada kesatuan di antara Ansarullah.
Maha Suci Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mengikat hati-hati Ansarullah ini dengan ikatan akidah, yang mewujudkan ukhuwwah yang begitu kuat dan kukuh. Ahhh indah sekali ukhuwwah ini. Yang paling indah di antara sekian banyak ikatan hubungan yang ada di dunia ini. Inilah ukhuwwah yang menghubungkan dua insan dengan iman. Inilah ukhuwwah yang mewujudkan rasa kepercayaan dan kasih sayang yang tinggi antara dua hati, walau baru pertama kali bertemu. Inilah ukhuwwah yang menghilangkan rasa 'seniority', sebaliknya menyuburkan rasa rendah hati dan berlapang dada. Inilah ukhuwwah yang tak betah melihat sesiapa sahaja terjerumus ke lembah dosa, ia mahu semua sama-sama ke syurga. Inilah ukhuwwah yang mewujudkan satu kesefahaman, walaupun sahabatnya itu jauh berbeza dengannya.
Inilah ukhuwwah yang menerbitkan cinta yang mendalam di hati setiap ikhwah akhawat untuk ihkwah akhawat yang lain. Meskipun tidak pernah berjumpa, tidak pernah saling mengenali.. tapi cinta ini memang sudah menguasai hati.
Cinta yang ada untuk Ukhti Ummi Shahirah, membuatkan hatiku rasa kehilangan..
Hari ini, kami kehilangan seorang lagi sahabat seperjuangan yang kami cintai kerana Allah..
Semoga rohmu tenang di sana, di sisi Tuhanmu yang kau cintai..
Ya ukhti, semoga inilah saat untuk kau berisitirehat setelah berhempas pulas berjuang di alam dunia ini..
*********
Ya Allah, sesungguhnya Engkau memang Maha Penyayang. Tali akidah yang Engkau gunakan untuk mengikat hati-hati para penolong-Mu ini telah mewujudkan kesatuan yang luar biasa hebat, yang sangat diperlukan untuk merealisasikan cita-cita besar.
p/s: dari sudut bahasa, "Ukti" & "Akhi" itu bermaksud saudaraku dan "Akhwat" dan "Ikhwah" pula bermaksud saudara-saudara. Hanya dikalangan kami sahaja panggilan-panggilan ini membawa maksud seperti yang dijelaskan di atas. Harap jangan keliru ya! =)
No comments:
Post a Comment