Di bawah langit bintulu

Langit Bintulu
di bawah langit Bintulu
ada aku datang menumpang
bawa islam untuk dikongsi
bawa cinta untuk berukhuwwah
bawa hati untuk belajar

di bawah langit Bintulu
nun tinggi di atas kepala
tinggi lagi cita-citaku
pendorong musafirku
mahu Allah redha padaku

Alhamdulillah..peluang untuk merebut redha Allah itu selalu datang bergolek di depan mata. Kali ini peluang datang jauh dari Bintulu, katanya di sana ada yang mahu mendengar kisah gunung terbelah dua di puncak. Oppss jangan keliru, ini bukan kisah dua bukit santubong dan sejenjang ya! No! No! 

Arakian pada pagi krismas, bermusafirlah tiga cik Siti ke bumi Bintulu mahu bercerita. Secara peribadi, persediaan saya tidaklah sesempurna mana. Awalnya, saya merancang untuk mewakafkan satu minggu bertapa dirumah bagi membolehkan saya membuat persediaan untuk bercerita. Malangnya, ia tidak terjadi mengikut perancangan kerana boleh dikatakan setiap hari dalam minggu tersebut saya keluar rumah. Adei, mimpi sunnguh mahu bertapa. Begitulah Allah merancang =).

Ketibaan kami disambut oleh cik siti juga.. berapa banyak siti daaa... Kami dijamukan dengan nasi lemak masak sendiri oleh kak L. Owh sungguh sedap apatah lagi kami memang sangat lapar sebab flight kami awal pagi, jadi tak sempat sarapan. Dalam flight pula bau makanan macam-macam, sate la nasi lemak la..huhu sungguh menguji kesabaran. Alhamdulillah perut sudah kenyang, sekarang masa untuk bekerja.

Kami ke sebuah sekolah, tempat kami akan bercerita. Para pendengar rata-ratanya lebih tua daripada kami, dan ini membuatkan kami cuak. Mana tidaknya, biasanya kami bercerita dengan gaya-gaya tidak matured kerana audience adalah adik-adik remaja. Malah, kami juga selalu menggunakan bahasa-bahasa rekaan sendiri bagi menghidupkan suasana best. Tapi sekarang kebiasaan kami itu tidak boleh digunakan pakai, memandangkan mereka lebih matang dan sukar untuk faham bahasa semenanjung yang tidak baku.

 
Apapun perjuangan diteruskan juga. Walaupun sepanjang bercerita kami terpaksa berlawan dengan suara kanak-kanak bermain yang nyata mengatasi suara kami, tapi alhamdulillah cerita berjaya disampaikan hingga ke akhirnya. Namun, kami tidak dapat mengagak tahap kefahaman para pendengar kerana kesuntukan masa untuk berdiskusi dan keterbatasan maklumat dalam borang 'feedback'. Apapun Allah jualah tempat kami berserah setelah membuat yang terbaik. Dia yang memberi kefahaman, semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar kepada kami semua.

Selesai sesi bercerita,kami dibawa pusing-pusing Bintulu. Ada Pantai Temasya Bintulu, ada pub (opps ini pasar utama bintulu ya), ada kek lapis, ada kilang petronas dan shell.. dan macam-macam lagi. Bangunan disini warna-warni, tidak seperti disemenanjung yang selalunya terbatas kepada warna-warna lembut. Disini, warna terang dan gelap juga menjadi pilihan untuk rumah dan bangunan-bangunan lain. Cantik! Tapi kami hanya sempat lalu sahaja, tidak berhenti pun memandangkan maghrib sudah hampir masuk. Maghrib disini masuk pada pukul 6 lebih.

warna-warni kan? ini baru pintu.
Malam itu, kami berkongsi cerita Mus'ab bin Umair dengan adik-adik lepasan SPM. Adik-adik ni sangat malu dengan kami sehingga kami tidak tahu bagaimana mahu bersembang dengan mereka. Tapi, meskipun selalu diam tak bersuara, mereka berusaha keras untuk  mendengar cerita dengan suara saya yang dengar tak dengar ini, Minta maaf, saya pun tidak faham kenapa tiba-tiba suara saya jadi perlahan, sehingga adik-adik terpaksa terbongkok-bongkok mahu merapatkan telinga huhu. Berdasarkan cerita itu, cik-cik Siti yang lain berkongsi nasihat dan peringatan agar hidup ini sentiasa tidak lari dari redha Allah, biarpun disibukkan dengan tugas sebagai pelajar, anak dsb.

Esoknya kami ke masjid pula untuk bercerita lagi, tetapi dengan audience yang berbeza. Kali ini lebih mencabar kerana audience kami terdiri dari adik-adik 12 tahun hingga mak cik- mak cik 30-an. Aduh besar sungguh jarak umur. Mahu bercerita dengan details supaya si kecil 12 tahun itu faham, takut nanti yang sudah besar ini bosan pula. Mahu bercerita laju dengan penerangan tahap tinggi, takut yang si kecil ini pening pula. Akhirnya, kami berserah saja pada Allah.. semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar.


Habis bercerita, para peserta diminta duduk dalam kumpulan unutk sesi perbincangan. Sesi ini sangat penting untuk menguji tahap kefahaman masing-masing terhadap cerita tadi. Melalui sesi ini saya sedar bahawa yang si kecil-kecil ini susah memahami bahasa semenanjung! Penerangan saya terpaksa diterjemahkan oleh fasi dari sarawak. Setelah diterjemah, mereka dengan mudah mengangguk tanda faham..huhu T_T. Tapi disebabkan ini juga saya mampu berbahasa sarawak sikit hahah.

Malam itu kami melawat ummu tasnim. Rasanya baru saja melihat Tasnim sewaktu baru dilahirkan.. sekarang sudah temban gedebam! Alhamdulillah semoga membesar menjadi serikandi islam. Esoknya, kami pulang selepas melawat rumah panjang dengan menaiki kereta yang rasanya tidak ubah seperti menunggang kuda!

Misi kami ini membuka kepada banyak misi lain. Semoga dakwah dan tarbiyyah semakin subur di serata dunia. Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba Allah yang mengejar redha-Nya, Allah jualah yang menentukan naik turun islam akan datang =)

3 comments:

  1. salam miss harti... atas permintaan ramai..ramai ker? sy disclosed jugak blog yg agak2 bersawang lagi berhabuk tue... amik yg baik saja tau..

    nway, mmg bagus sungguh mengambil gambar-gambar di bintulu sana..lagi 2 bulan kumpul duit kita pg lagi ye..jaulah ansar plak kali nie...

    ReplyDelete
  2. nazihah, kak pijja dah kat bintulu balik eh?

    ReplyDelete
  3. to miss sheikh: ha macam tu la.. hehe..

    nk pg lg.. jom!

    to anonymous: haah.. tp die akan balik semenanjung semula in a short time

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails