Pagi masih muda lagi.. sekarang baru pukul 7.40 am. Tapi saya sudah ada banyak benda mahu cerita!! Owh sungguh tidak sabar mahu memuntahkan segala yang bermain-main bola sepak di dalam kepalaku ini..
Ok tanpa membuang masa mari mulakan.. Preeeeeettt!!
Cerita 1
Malam tadi saya dengan penuh semangat menghantar perutusan DiRaja kepada encik bos-bos, memohon dikurniakan perkerjaan supaya poket sentiasa terisi dihujung bulan. Dengan menggunakan perkhidmatan atuk broadbando yang semput-semput ini, tapi saya rasa website kerja itu yang lambat loading, akhirnya hampir pukul satu barulah saya dapat tidur. Takdelah lambat sangat, tapi kalau bercadang untuk bangun qiam, tidur pukul satu memang sangat lambat... pun begitu, saya masih berharap agar dapat bangun.. dapatlah bangun.. dapatlah............ZZz.. ZZz..
5 pagi. Selalunya di waktu-waktu begini, seisi rumah akan dihiburkan dengan nyanyian-nyanyian mak cik-mak cik handphone yang perbagai rentak dan irama. Tapi, pagi tadi sunyi saja.. sebab tak ramai yang balik rumah. Ada yang tidur dirumah adik usrah, ada yang balik kampung, ada yang ke program.. macam-macamlah. Apa-apa pun, saya sudah terjaga pada waktu ini, dan sudah terfikir mahu qiam.. cuma... cuma..... cumanya...... "Ahh!! saya mahu tidur sekejap saja lagi, 5 minit sahaja.. 5 minit ...................." "Ziha, bangun solat subuh". Alamak!!!!!! sudah pukul 6am! Pergi sudah pahala-pahala qiam yang sudah pun sampai di depan mata tadi.. Huwaaaaaaaaaa!!
Sedih, bukan sekali, tapi banyak kali dah macam ni T_T.. Lepas ini saya perlu lebih tegas dengan diri sendiri. Tidur awal walaupun banyak kerja, bangun awal terus basuh muka.. jangan tarik selimut balik! 5 minit konon.. pirrrahh!
Cerita 2
Sewaktu dikejutkan subuh tadi, saya terhidu bau yang sangat enak menusuk kalbu.... bau apa? Nugget!! Wah, siapa yang rajin masak pagi-pagi ni.. nak puasa kot. Eh? Hari ini kan Sabtu, puasa apa? Dengan semangat nak nugget menyiasat kebenaran, saya pun menuruni anak tangga, terus ke dapur tanpa menoleh ke belakang lagi. Wah! Kak Un sedang ligat memasak. Bukan nugget sahaja, malah ada sedulang sandwich, ada kentang goreng, ada telur rebus..... WOW!!
"Untuk apa ni kak, masak banyak-banyak?"
"Owh, hari ini kan kitorang ada rehlah (picnic) dengan adik-adik usrah kitorang"
"Owh, haah baru ingat. Bestnya, nak ikut tapi saya ada planning lain hari ini"
"Kalau nak makan, ambillah"
"Err.. takpe2" Saya berlakon menolak-nolak ayam menyembunyikan keinginan rakus, naik atas semula, kemudian dalam masa yang sangat singkat, turun semula dan terus makan. Haha.. tak tahan, sangat tergoda dengan makanan-makanan itu.
"Eh, ada RFC (Radix Fried Chicken) juga??"
"Haah, makanlah. Kak A'a beli kat Melaka semalam"
"Wah!"
Alhamdulillah.. Ya Allah, sebegitu banyak rezeki-MU.. tak sebanding dengan nilai amalku, terlalu kecil nilai syukurku T_T. Engkau masih tetap memberi jutaan nikmat, untuk diriku yang berdolak-dalik untuk qiam. Ya Allah, tolong jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur, tidak kufur nikmat.. Ameeeeeenn! Lepas ini, berusaha lagi dan lagi untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik!
janjiku pada-Mu, abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya, Kau seru nyawaku
bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
dan cinta-Mu bagai air ditandus sahara
buat ku melepaskan dahaga
tak kutemu dimanakah hentinya
rayuan taubat kepada-Mu
p/s: selesai anda membaca ini, tidakah anda berasa tajuk post ini sangat simbolik?? Renung-renungkan dan selamat beramal!
serius jeles...miss un_ab memasak? best tuh!
ReplyDeletememang best! tip top!
ReplyDelete