Pada cuti raya cina baru-baru ini, Miss Harty telah berjaya dengan gemilangnya mengkhatamkan buku "Hulagu Khan: Sejarah Hitam dari Timur" karya Abdul Latip Talib. Tahniah diucapkan! Bersama dengan kejayaan ini, Miss Harty dengan berbesar hatinya ingin berkongsi rasa-rasa yang datang beraya di kepala sepanjang sesi pembacaan berlangsung.. =)
Sebijik macam buku saya!! hehe (Credit gambar)
Satu: Saya rasa gerraaaaammmm!!
Watak Hulagu Khan muncul di muka bumi pada zaman pemerintahan Islam Abbasiyah yang pada ketika itu diperintah oleh Khalifah Mu'tasim Billah. Khalifah Mu'tasim Billah merupakan raja yang lemah dan terlalu mudah diperdayakan oleh menteri kepercayaannya, Umaiyuddin Al-Aqami, yang berniat untuk menggulingkan baginda. Pada masa itu juga, islam telah semakin terhakis daripada amalan umat islam. Sebagai contoh, ketua panglima perang kerajaan Abbasiyah pada masa itu pernah menzalimi wanita dan kanak-kanak dikawasan yang berjaya ditakluknya sehingga menyebabkan ramai yang menyimpan dendam terhadapnya yang akhirnya membunuh beliau dan keluarga.
Keadaan umat dan pemerintahan islam yang teruk seperti ini sudah cukup memberikan kita jawapan mengapa empayar Abbasiyah yang gah boleh tersungkur jatuh ditangan Hulagu Khan dan tenteranya. Membaca jalan cerita kejatuhan ini sungguh membuatkan saya gerraaaaaaaammmmmm!! Geram mengetahui pemimpin dan umat islam berfikiran dan berpelakuan jahiliyyah sehingga akhirnya Allah menghilangkan rasa gerun di hati musuh-musuh Islam.
Dua: Rasa cam sama je..
Geram lebih-lebih pun akhirnya terkena batang hidung sendiri. Kenyataannya pemimpin dan umat islam hari ini sama saja, eh bukan, rasanya lebih teruk lagi daripada mereka pada ketika kejatuhan empayar Abbasiyah. Malah tidak hairan kalau kita melihat umat islam di mana-mana pun ditindas dan dipijak-pijak. Hatta kalau anda duduk di Malaysia bumi bertuah yang aman damai ini sekalipun, jangan berasa yang anda tidak ditindas dan dipijak-pijak. Itu silap besar!
Buka mata dan lihatlah, musuh-musuh kita memuntahkan segala macam hiburan, pendidikan, pemikiran jahiliyyah sehingga akhirnya membentuk kita yang seperti hari ini.. Kita yang mengaku mengenal tuhan, tetapi hidup seperti kita tidak bertuhan! Lihatlah kita hari ini. Apa matlamat hidup kita? Kalau pun ada yang sedar dan menyatakan bahawa matlamat hidupnya hanya satu iaitu untuk beroleh redha Allah, berapa kerat sahaja yang memahami dengan sebenar-benarnya matlamat itu dan benar-benar tahu selok belok jalan menuju ke arahnya? Kalau hari ini kita kata buat kerana Allah, adakah kita benar-benar tahu apa maksud kata-kata itu dan bagaimana cara merealisasikannya? Ramai yang tidak tahu banyak tentang islam.. bukankah itu tandanya kita sedang dipijak-pijak dan dipermainkan?
Sesungguhnya, sejarah pasti berulang. Sepertimana bantuan Allah hanya datang di medan Badar, yakni HANYA DATANG SELEPAS umat islam berjaya keluar dari lembah jahiliyyah yang selama ini menjadi darah daging dan berjaya mempertahankan keimanan mereka walaupun diuji dengan ujian yang maha berat.. seperti itulah kita pun pasti akan dibantu Allah dan diberi kemenangan HANYA SELEPAS umat islam kini saling tak tumpah seperti ahli Badar. Sebab itu, tak kira di mana umat islam, dan tak kira siapa pun mereka, semua memainkan peranan dalam menentukan jatuh bangun islam!
No comments:
Post a Comment