JEPUN cenderung dilanda bencana, sering digegarkan dengan gempa bumi, ditaburi lebih daripada 100 gunung berapi dan dihambat taufan, ancaman bencana lama dianggap hanya sebahagian daripada kehidupan mereka.
Kenangan terhadap malapetaka silam membuatkan kira-kira 128 juta penduduk Jepun dan kerajaannya lebih bersedia menghadapi malapetaka berbanding kebanyakan negara lain....
.... Apapun, persediaan keselamatan dilakukan dengan latihan berulang kali dan aspek penting iaitu kekayaan negara berkenaan membolehkan pembinaan bangunan dan infrastruktur tahan gempa yang mahal, menyelamatkan beribu-ribu nyawa dalam tempoh beberapa dekad ini, kata pakar.
"Jika ada mana-mana tempat di dunia yang bersedia untuk bencana dalam skala dan skop malapetaka bersejarah ini, ia adalah Jepun," kata Perunding Kanan Penyelidikan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, Stacey White.....
Baca lagi --> Bahasa Melayu / English
Credit |
Gempa bumi yang berlaku di perairan berdekatan Sendai itu, sebenarnya merupakan penantian orang-orang Jepun. Semasa HE (penulis) di sana, kami diulang siar dengan ramalan akan berlaku gempa besar di Jepun dalam tempoh dua tiga tahun ....
.... . Malah mereka juga sering mencari jangkaan dan ramalan dari peramal terkenal seperti Juselino Nobulega. Mereka juga menyediakan laluan-laluan untuk mengalirkan ombak tsunami dan menyediakan bangunan yang tahan gempa ....
.... Kejadian gempa dan tsunami di Jepun memperlihatkan bagaimana satu pengurusan bencana yang teratur dan cekap. Malah pendidikan kebencanaan terhadap rakyatnya sudah menjadi sebati. Bila kejadian seperti ini, mereka masih dapat mengawal diri. Mereka boleh beratur untuk mendapatkan barang makanan, petrol dan keperluan asas. Walaupun bekalan elektrik dicatu pada saat ini, mereka tetap mematuhi peraturan dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Ada di antara mereka membuat sedekah dan membantu pada yang menjadi mangsa tsunami. Ini adalah sikap dan pengurusan yang perlu dicontohi.
Baca lagi di sini
Credit |
Jepun, sebagai negara termaju di dunia dengan rakyatnya yang terkenal berdisiplin ternyata sudah lama belajar daripada bencana alam itu. Mungkin kerana itu, angka kematian dan jumlah kemusnahan akibat kejadian Jumaat lalu masih boleh dianggap kecil berbanding kekuatan gempa dan kedahsyatan tsunami yang melanda....
.... Setiap 1 September pula, sempena memperingati gempa bumi 1923, jutaan rakyat Jepun menyertai latihan menghadapi bencana anjuran pihak berkuasa tempatan di daerah masing-masing. Kanak-kanak sekolah memakai penutup kepala dan berlatih berlindung di bawah meja. Warga tua diingatkan supaya memilih tempat untuk bertemu dengan orang tersayang sekiranya terpisah ketika bencana. Kedai pula menjual peti kecemasan mengandungi air, lampu picit dan makanan tahan lama.
Kita sendiri dapat menyaksikan siaran televisyen bagaimana rakyat Jepun agak tenang ketika menghadapi saat-saat cemas ketika menghadapi gegaran itu – sama ada di sekolah, rumah, pejabat dan di dalam pasar raya.
Murid terus memakai pelindung kepala dan berlindung di bawah meja sebaik saja merasai gegaran. Pekerja pejabat yang keluar dari bangunan juga dilihat memakai alat pelindung kepala, tindakan yang sudah menjadi sebahagian daripada piawaian keselamatan di tempat kerja ketika menghadapi gempa kuat. Malah penyampai berita televisyen tempatan juga dilihat memakai topi keselamatan ketika bertugas.
Baca lagi di sini.
Credit |
Manusia itu sesungguhnya sangat lemah untuk melawan kehendak Allah. Walau bagaimanapun kita cuba menghalang sesuatu daripada terjadi, namun jika Allah tetap mahu ia terjadi, maka tiada siapa pun dapat menghalang. Itulah tanda kekuasaan-Nya.
Say, "He is the [one] Able to send upon you affliction from above you or from beneath your feet or to confuse you [so you become] sects and make you taste the violence of one another." Look how We diversify the signs that they might understand.
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."
For every happening is a finality; and you are going to know.
(Surah Al-An'aam: 65-67)
Bukan milik kita
Hidup manusia seperti roda, adakalanya dia di atas dan adakalanya dia dibawah. Hal ini kerana manusia tidak mempunyai kemilikan penuh ke atas semua yang dimilikinya didunia ini. Segalanya adalah pinjaman daripada Allah yang berhak mengambil semula pinjamannya apabila Dia berkehendak. Hari ini kita muda, bertenaga kuat, badan sihat, mata melihat dengan terang, telinga mendengar dengan baik, duduk berdiri semuanya dapat dibuat tanpa rasa sengal-sengal otot. Tapi esok siapa tahu, kalau-kalau kita kemalangan dan nikmat sihat diambil semula? Seperti halnya dengan Jepun. Siapa sangka kedamaian dan kemajuannya direnggut sekelip mata oleh keganasan tsunami yang tak mengenal belas.
Indeed, they are enemies to me, except the Lord of the worlds,
Who created me, and He [it is who] guides me.
And it is He who feeds me and gives me drink.
And when I am ill, it is He who cures me
And who will cause me to die and then bring me to life
(Ash-Shu'ara', 26: 77-81)
Belajar dari sejarah
Jepun belajar dari sejarah, lalu ia memperbaki persediaannya menghadapi bencana alam sehingga Jepun berjaya mendahului semua negara. Akhirnya bila bencana menimpa lagi, sekurang-kurangnya mereka berjaya mengurangkan kesan akibat bencana, walaupun tidak dapat menghalang bencana daripada terjadi.
Begitu juga, kita tidak patut membiarkan apa sahaja yang berlaku berlalu begitu sahaja ditelan masa, melainkan kita mengambil sebanyak mungkin pelajaran dan kemudian menggunakannya dalam usaha memperbaiki kehidupan di dunia dan akhirat.
O you who have believed, fear Allah . And let every soul look to what it has put forth for tomorrow - and fear Allah . Indeed, Allah is Acquainted with what you do. (Al-Hasyr, 59, 18)
sangat bagus nazihah..ayat yang sangat kemas, flow yang mengikut aturan..NIce Job..:)
ReplyDeletealhamdulillah =)
ReplyDelete