11.45 pagi. Cik Perut sudah rancak mendendangkan dondang sayang. Malah nyayian Cik Perut kali ini lebih kuat daripada biasa sebagai tanda protes kerana tidak diberi sarapan pagi. Huuuuhu.. sabar Cik Perut, lunch time nanti saya dengan baik hati akan memberi kamu nasi berlauk ayam ya! Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, Puan Bos mengarahkan seluruh pejabat untuk keluar ke suatu tempat yang dirahsiakan. Encik-encik kereta dikerahkan segera mengangkut kami. Uishh nak ke mana ni? cuak tahu?!! Tup-tup kami sudah berada dihadapan sebuah restoran yang kelihatannya sungguh mewah kaya raya, nak masuk pun takut. Tapi kerana firasat hati mengatakan bahawa Puan-puan Bos ingin belanja hari ini.. maka Cik Kaki dengan penuh keyakinan masuk tanpa menoleh ke belakang lagi. Cik Perut senyum riang!
Rupa-rupanya Puan Bos ingin mengadakan majlis bersempena persaraan senior veteran kami, Encik R. Sebab sampingan majlis ini adalah juga untuk menyambut March birthday girls. Pom pom kebaboooom bunyi bunga api, selamat hari jadi!! Di penghujung majlis ketika Cik Perut sedang berbahagia dengan rezeki mewah yang tidak disangka-sangka, Encik R telah dipaksa membuat ucap kata sepatah dua.
Wah nak makan lagi!!! |
"Waktu awal-awal masuk IMR, saya bertugas luar, menjelajah seluruh malaya termasuk sabah sarawak mengambil sample makanan. Seronoklah dapat jumpa macam-macam ragam orang. Bos pun turun padang, bekerja bersama kami. Kemudian bila usia mencecah 30-an, saya mula ditugaskan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga sekarang. kerana tugas-tugas luar diserahkan kepada generasi yang lebih muda. Banyaklah pengalaman pahit dan manis selama 35 tahun berkhidmat, yang apabila digabungkan maka ia menjadi neutral. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, antaranya, kalau dulu lelaki lebih banyak di IMR. Tapi sejak 1980-an, perempuan yang mendominasi sehingga sekarang. Lepas ni honeymoon baliklah sebab isteri pun baru pencen pada Jan lepas. InsyaAllah jemput datang ke majlis kahwin anak saya Mei ini"
Ucapan yang sangat ringkas. Tapi penuh dengan peringatan buat renungan si ulul albab.
Usia muda
Hari ini saya mendengar ucapan persaraan seseorang yang bergelar pak cik kepada saya. Dan saya tahu pasti akan datang suatu masa yang mana orang yang bersara itu bergelar kakak/abang kepada saya. Kemudian jika dipanjangkan umur, orang yang bersara itu adalah rakan sebaya saya dan akhirnya saya sendiri yang menjadi orang yang diraikan persaraannya (perasan orang nak sambut!). Saat itu pasti didepan saya adalah anak-anak muda seperti saya sekarang, yang memanggil saya dengan awalan "mak cik" (Eh, entah-entah "Datin"!)
Sungguh masa akan terus berjalan dan tidak boleh diundur. Terasa dua puluh tiga tahun berlalu terlalu cepat sepantas cahaya dan saya menjadi seperti sekarang. Saya sudah besar panjang. Bukan pelajar lagi. Sudah bekerja. Sudah ada duit sendiri, kereta sendiri. Saya sudah banyak berdikari, tidak lagi ke hulu ke hilir bersama ibu dan ayah. Saya sudah tidak lagi bermain pondok-pondok sehingga maghrib menjenguk hari. Sekarang saya perlu fikir banyak masalah, masalah orang dewasa! Dan pasti dua puluh tiga tahun yang mendatang akan tiba dengan kelajuan cahaya juga!
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian." (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
“Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Usia muda itu hanya sekali seumur hidup, dan selalunya dilengkapi dengan tubuh badan yang sihat, kudrat tenaga yang banyak, pemikiran yang segar dengan idea-idea baru, semangat yang tinggi berkobar dan banyak lagi kekuatan. Maka beruntunglah orang-orang yang mempergunakan usia mudanya sebaik mungkin untuk mencapai tujuan hidupnya yang telah pun ditentukan oleh Allah ketika mencipta manusia, yang dirakam didalam Az-Zariyat, 51: 56 dan Al-Baqarah, 2: 30.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)
No comments:
Post a Comment